waaaaaaaaaaaaaaaaaa...............rekod untuk tahun 2010,sya berjaya menaikkan seekor belida 7 kg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.paling best monster ini berjaya dinaikkan mengggunakan rod custom made,trip kali ini merupakan trip yang paling best kerana port hanya di depan rumah saya,pada mulanya saya agak malas untuk turun memancing pada malam itu tetapi untuk tidak mengecewakan hati rakan seperjuangan saya iaitu Mat mengagahkan diri untuk menyertai memancing,lagipun port hanya di depan rumah,kalau mengantuk ke letih ke tak jadi masalah sangat kerana berdekatan dengan rumah,
STRIKE!!!!!!!!!!!!
Mat memulakan balingan dengan berumpankan anak puyu sebesar ibu jari,selang beberapa minit saya pula melakukan balingan berumpan anak sepat,sedang membetulkan rod yang diletakkan pada sebatang pokok,kami dikejutkan dengan satu boiling yang agak besar.saya tidak mengharap untuk menaikkan ikan yang boiling tadi kerana selama seminngu kami memburu belidaq hanya spesimen yang bersaiz junevil yang mempunyai berat antara 500gram-1.2kg
Sedang leka berSMS(biasa la kan)Mat memberitahu bahawa tali saya sedang tegang tetapi apabila saya ingin melakukan strike tali kembali kendur,saya mengandaikan ikan temekung cuba-cuba mengutis umpan,lantas saya melakukan strike untuk melepaskan geram pada ikan temekung itu,namun apabila mengarau kekili Shimano Catana 4000FA terasa berat lantas hati saya merungut"aaaaaahhhhh sangkut lagi",sedang saya mengarau terasa satu pecutan yang menyebabkan saya langsung tidak berpeluang untuk melakukan karauan,kekili saya menjerit satu irama yang ditunggu-tunggu selama ini,iainya menjerit bagaikan diserang histeria,Rod Custom Made Adranalin Sucker melengkung bagaikan huruf U,ikan melakukan beberapa siri benaman namun saya mengawalnya dengan melongggar drag kerana saya hanya menggunakan tali 25lbs,saya kembali mengetatkan drag kerana berangapan ikan sudah kepenatan namun telahan saya silap lantas ikan melakukan lompatan dan aksi akrobatik yang menampakkan sisik berkilau keperakan untuk melepaskan diri namun matakail Berkeley Kantuki Chuni semakin tertancap kukuh dimulutnya.setelah beberapa minit ikan sudah menunjukkan keletihan dan titangguk oleh mat,setelah ditimbang jarum penunjuk menunjukkan angka 7.0kg,,,,,,,,KARAN MONSTER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan