belida ni berjaya dipancing pada malam hari menggunakan umpan anak puyu.sya menggunakan set up yg agk krs iaitu reel toman lezen 5000+rod surecatch 30-50lbs,tali sufix 40 paun
Rabu, 10 Februari 2010
belida monster 2009
belida ni berjaya dipancing pada malam hari menggunakan umpan anak puyu.sya menggunakan set up yg agk krs iaitu reel toman lezen 5000+rod surecatch 30-50lbs,tali sufix 40 paun
trip kumpau bukit wang
trip kali ini memang malang kerana hanya seekor seberau sebesar ibu jari berjaya didaratkan.setelah seharian casting hanya seberau ini dapat mengelakkan aku dari kumpau.trip kali ini sekadar untuk mencuba casting gewang yang baru dibeli iaitu Yozuri Snap Bean.untuk memberi perlawanan yang seronok saya menggunakan rod X-puyu 3-8lbs,kat sini tengas memang banyak,kalau guna teknik bottom hasil memang tidak mengecewakan
ikan duri kuala kedah
hari cuti boring klau dok rmah,so sya ambik set pancing n sya pergi mancing kat k.kedah.......ni la hasilnya,pada trip ini sya berjaya menawan 14 ekor peronda kuala(ikan duri le).umpan yang digunakan ialah umpun-umpun bakau.teknik yang digunakan ialah bottom menggunaakan kaedah pasternoster
(sila betulkan jika saya silap),ikan sembilang juga banyak tapi trip ini tidak ada seekor pun yang sudi meragut umpan yang saya hidangkan,waktu terbaik untuk memancing spesis muara ni ialah pada air sedang pasang,jika anda semua datang pada waktu air sedang surut lebih baik pulang dahulu kerana waktu itu spesis bermisai ini agak pasif untuk menyambar umpan,jika umpun-umpun bakau tiada anda boleh menggunakan alternatif umpan yang lain antaranya udang kopek,sotong,isi ikan kembung malah pernah saya terjumpa seorang otai menggunakan siput gondang sebagai umpan!.antara spesis lain yang terdapat di sini ialah gelama.sembilang.belukang dan otek(ni family duri la),tetapi untuk mencari siakap di sini agak payah,mungkin keadaan bot yang lalu lalang dan tekanan tangkapan yang tinngi menyebabkan raja muara ini tiada di sini
belida monster sungai korok
waaaaaaaaaaaaaaaaaa...............rekod untuk tahun 2010,sya berjaya menaikkan seekor belida 7 kg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.paling best monster ini berjaya dinaikkan mengggunakan rod custom made,trip kali ini merupakan trip yang paling best kerana port hanya di depan rumah saya,pada mulanya saya agak malas untuk turun memancing pada malam itu tetapi untuk tidak mengecewakan hati rakan seperjuangan saya iaitu Mat mengagahkan diri untuk menyertai memancing,lagipun port hanya di depan rumah,kalau mengantuk ke letih ke tak jadi masalah sangat kerana berdekatan dengan rumah,
STRIKE!!!!!!!!!!!!
Mat memulakan balingan dengan berumpankan anak puyu sebesar ibu jari,selang beberapa minit saya pula melakukan balingan berumpan anak sepat,sedang membetulkan rod yang diletakkan pada sebatang pokok,kami dikejutkan dengan satu boiling yang agak besar.saya tidak mengharap untuk menaikkan ikan yang boiling tadi kerana selama seminngu kami memburu belidaq hanya spesimen yang bersaiz junevil yang mempunyai berat antara 500gram-1.2kg
Sedang leka berSMS(biasa la kan)Mat memberitahu bahawa tali saya sedang tegang tetapi apabila saya ingin melakukan strike tali kembali kendur,saya mengandaikan ikan temekung cuba-cuba mengutis umpan,lantas saya melakukan strike untuk melepaskan geram pada ikan temekung itu,namun apabila mengarau kekili Shimano Catana 4000FA terasa berat lantas hati saya merungut"aaaaaahhhhh sangkut lagi",sedang saya mengarau terasa satu pecutan yang menyebabkan saya langsung tidak berpeluang untuk melakukan karauan,kekili saya menjerit satu irama yang ditunggu-tunggu selama ini,iainya menjerit bagaikan diserang histeria,Rod Custom Made Adranalin Sucker melengkung bagaikan huruf U,ikan melakukan beberapa siri benaman namun saya mengawalnya dengan melongggar drag kerana saya hanya menggunakan tali 25lbs,saya kembali mengetatkan drag kerana berangapan ikan sudah kepenatan namun telahan saya silap lantas ikan melakukan lompatan dan aksi akrobatik yang menampakkan sisik berkilau keperakan untuk melepaskan diri namun matakail Berkeley Kantuki Chuni semakin tertancap kukuh dimulutnya.setelah beberapa minit ikan sudah menunjukkan keletihan dan titangguk oleh mat,setelah ditimbang jarum penunjuk menunjukkan angka 7.0kg,,,,,,,,KARAN MONSTER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
lesen seberau 2010
trip kali ni diatur oleh junior saya iaitu din,seramai 4 orang menyertai trip kali ni......target utama kami kali ini bukannya spesis serigala sungai ini,target utama kami ialah jelawat bagak dan lampam talam.trip ini telah diatur kerana teracun dengan sahabat dari C.O.M.O.T menaikkan jalawat bagak.pelbagai gewang dicasting ada jam 8 pagi hingga jam 11 pagi barulah spesis ini menyambar gewang,kita sering kali beranggapan gewang yang mahal dan high-end spt Rapala,Megabass,Lucky Craft dan lain-lain lagi akan mendatang hasil yang lumayan tetapi saya bejaya menaikkan seberau ini hanya menggunakan gewang harga ekonomi iaitu Strike Pro sahaja,saya tidak memberi harapan yang tinggi untuk mendapatkan spesis seberau ini,semuanya lebih tertumpu pada teknik bottom namun hanya anak lampam dan baung akar sahaja yang sudi menyambar umpan perut ayam...sebaiknya catch and release sepatutnya dilakukan untuk mengekalkan populasi seberau ini kerana sejak kebelangkangan banyak tangan-tangan gatal yang berani menuba dan mengebom di sini,fuck untuk mereka semua ni!!!!!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)