Senarai Blog Saya

Isnin, 10 Mei 2010

Selasa, 4 Mei 2010

Selasa, 6 April 2010

ketutu Sungai Anak Bukit

lain yang nak dipancing lain pulak yang dapat....sepatutnya trip ini saya sasarkan untuk memancing belida monster tapi lain pulak yang dapat,sungai Anak Bukit memang merupakan sungai yang kaya dengan pelbagai spesis air tawar,jika bertandang ke sini pasti pemancing tidak pulang dengan tangan kosong

Rabu, 10 Februari 2010

belida monster 2009


belida ni berjaya dipancing pada malam hari menggunakan umpan anak puyu.sya menggunakan set up yg agk krs iaitu reel toman lezen 5000+rod surecatch 30-50lbs,tali sufix 40 paun

trip kumpau bukit wang




trip kali ini memang malang kerana hanya seekor seberau sebesar ibu jari berjaya didaratkan.setelah seharian casting hanya seberau ini dapat mengelakkan aku dari kumpau.trip kali ini sekadar untuk mencuba casting gewang yang baru dibeli iaitu Yozuri Snap Bean.untuk memberi perlawanan yang seronok saya menggunakan rod X-puyu 3-8lbs,kat sini tengas memang banyak,kalau guna teknik bottom hasil memang tidak mengecewakan

belida junivel



berat 3.8kg

ikan duri kuala kedah




hari cuti boring klau dok rmah,so sya ambik set pancing n sya pergi mancing kat k.kedah.......ni la hasilnya,pada trip ini sya berjaya menawan 14 ekor peronda kuala(ikan duri le).umpan yang digunakan ialah umpun-umpun bakau.teknik yang digunakan ialah bottom menggunaakan kaedah pasternoster
(sila betulkan jika saya silap),ikan sembilang juga banyak tapi trip ini tidak ada seekor pun yang sudi meragut umpan yang saya hidangkan,waktu terbaik untuk memancing spesis muara ni ialah pada air sedang pasang,jika anda semua datang pada waktu air sedang surut lebih baik pulang dahulu kerana waktu itu spesis bermisai ini agak pasif untuk menyambar umpan,jika umpun-umpun bakau tiada anda boleh menggunakan alternatif umpan yang lain antaranya udang kopek,sotong,isi ikan kembung malah pernah saya terjumpa seorang otai menggunakan siput gondang sebagai umpan!.antara spesis lain yang terdapat di sini ialah gelama.sembilang.belukang dan otek(ni family duri la),tetapi untuk mencari siakap di sini agak payah,mungkin keadaan bot yang lalu lalang dan tekanan tangkapan yang tinngi menyebabkan raja muara ini tiada di sini